Sunday, December 19, 2010

11 STANDART PEMIKIRAN

Kejelasan

Kriteria kejelasan merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan penaakulan ‘bolehkah kita menerangkan dengan lebih lanjut?, bolehkah kita memberikan contoh-contoh yang memudahkan kita memehaninya.

Ketepatan

Kriteria ketepatan pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada ralat. Penaakulan tersebut boleh ditentukan sama ada ia benar atau tidak. Soalan-soalannya termasuklah ‘bolehkah kita mengesahkan kebenarannya? Bagaimana kita boleh pastikan ia benar ?

Keterperincian

Kriteria keterperincian merujuk sejauh mana penaakulan dijelaskan secara terperinci. Kriteria ini lahir hasil dari kesedaran bahawa kita memerlukan maklumat yang terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu.

Logik

Kriteria logik pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan kita munasabah dan boleh diterima.

Mendalam

Kriteria mendalam ialah merujuk kepada kecukupan maklumat di mana merujuk sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang di taakul. Soalan-soalan seperti apakah kesukaran atau masalah yang berkaitan dengan isu yang perlu dipertimbangkan, apakah antara komppleksiti yang perlu dipertimbangkan berkaitan dengan isu ini?

Releven

Kriteria releven berkaitan dengan isu sejauh mana maklumat itu releven dengan isu yang ditangani

Keluasan

Keluasan juga sama seperti kriteria mendalam iaitu berkaitan dengan kecukupan meklumat di mana merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang ditaakul.

Signifikan

Kriteria signifikan pula merujuk kepada sama ada penaakulan kita cukup luas merujuk kepada sejauh mana ita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

Adil

Kriteria ini merujuk kepada sejauh mana kita bebas daripada kepentingan peribadi bias kepada sudut pandangan yang tertentu.

Wibawa

Kriteria ini merujuk kepada kewibawaan yang terdapat pada seseorang penulis sama ada dari segi pendidikannya, bidang yang diceburi, dan juga seorang yang boleh dipercayai. Selain itu dia juga telah dikenali sebagai seorang yang arif dalam bidang yang diceburinya.

Hikmah

Kriteria ini merujuk kepada sesuatu penulisan itu mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Sesutau penulisan memenuhi Kriteria ini sudah semestinya mempunyai keterangan-keterangan berdasarkan ayat-ayat al-Quran, Hadis, kata-kata ulama dan sebagainya.